ENTERTAINMENT

Lindsay Lohan silap muat naik frasa Arab, gelar diri sendiri keldai

Astro Awani 23/04/2015 | 00:52 MYT
Lohan bagaimanapun memadamkan postingnya itu selepas mendapat tahu beliau tersilap.
Lindsay Lohan telah memalukan dirinya sendiri apabila memuat naik frasa dalam bahasa Arab di akaun Instagram yang disangkanya membawa maksud "Kamu cantik."

Hakikatnya, frasa itu bermaksud "Kamu seekor keldai."

Tindakan pelakon Hollywood yang popular melalui filem "Parent Trap" itu menyebabkan ramai pengguna laman sosial seperti Twitter dan Instagram mentertawakannya, lapor TIME.com.

Lindsay Instagram
Imej frasa bahasa Arab yang dimuat naik di akaun Instagram Lindsay Lohan. -Foto TIME.com

Lohan bagaimanapun memadamkan postingnya itu selepas mendapat tahu beliau tersilap, namun agak terlewat kerana telah ramai warga media sosial menyedarinya dan mula berkongsi imej tersebut.
#Arab #habibi #Instagram #kamu cantik #keldai #Lindsay Lohan