[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
ENTERTAINMENT

Lisa Blackpink artis K-pop pertama buat persembahan di Oscars

Bernama 03/03/2025 | 10:40 MYT
Lisa yang mengenakan gaun hitam panjang mempersembahkan "Live and Let Die". - Gambar/ AP
SEOUL: Lisa daripada kumpulan Blackpink mencipta sejarah sebagai artis K-pop pertama membuat persembahan di Anugerah Akademi (Oscars), menyampaikan medley lagu daripada siri filem James Bond pada majlis anugerah Hollywood berprestij itu, lapor Agensi Berita Yonhap.
Lisa membuat persembahan sebagai penghormatan kepada James Bond bersama penyanyi Britain, Ray dan penyanyi rap Amerika Syarikat, Doja Cat pada edisi ke-97 Anugerah Akademi yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, pada Ahad (waktu tempatan).
Lisa yang mengenakan gaun hitam panjang mempersembahkan "Live and Let Die", lagu tema daripada filem James Bond tahun 1973 dengan nama yang sama. Doja Cat kemudian meneruskan persembahan dengan lagu "Diamonds Are Forever", manakala Raye menyanyikan "Skyfall".
-- BERNAMA
#Lisa BLACKPINK #Oscars #K-pop #james bond