Lisa Blackpink diangkat sebagai duta baharu BVLGARI

Asyraf Roslan
Julai 25, 2020 03:32 MYT
Jenama mewah dari Itali itu memilih penyanyi kelahiran Thailand itu kerana beranggapan bahawa dia adalah wajah yang sesuai untuk jenama mewah mereka.
AHLI kumpulan Blackpink, Lisa telah dipilih menjadi duta baharu jenama mewah BVLGARI.
Jenama mewah dari Itali itu memilih penyanyi kelahiran Thailand itu kerana beranggapan bahawa dia adalah wajah yang sesuai untuk jenama mewah mereka.
"Kami memilih Lisa sebagai duta baharu kami kerana kami percaya dengan personalitinya yang kuat dan gayanya fesyennya sangat bersesuaian dengan identiti jenama kami," kata wakil BVLGARI, seperti yang dipetik dari portal hiburan K-pop, Soompi.
Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manoban, 23, telah mengambil bahagian dalam kempen digital untuk koleksi "Serpenti" dan "B.zero1".
Video kempen digital Lisa dan BVLGARI akan diterbitkan pada bulan Ogos ini dan akan ditayangkan di akaun media sosial rasmi jenama tersebut.
#BLACKPINK #BVLGARI #duta #Lisa