PENYANYI Blackpink, Lisa akan muncul dalam musim ketiga siri televisyen popular Amerika Syarikat (AS), The White Lotus sekali gus menjadi penampilan sulung bintang K-pop itu dalam gelanggang lakonan.
Lisa akan dikreditkan dalam rancangan terbitan HBO itu dengan nama sebenarnya, Lalisa Manobal, lapor Variety.
Bagaimanapun, peranan Lisa siri berkenaan belum didedahkan.
Menurut Variety, musim ketiga The White Lotus akan memulakan pengeluaran bulan ini di Koh Samui, Phuket dan Bangkok, Thailand.
Kumpulan Blackpink menempa kemasyhuran dan pengaruh luar biasa di seluruh dunia dan Lisa pula muncul sebagai wanita paling terkenal di Korea Selatan.
Justeru, kemuculan Lisa dalam The White Lotus dijangka meningkatkan profil seninya di mata penonton AS.
Minggu lalu Lisa mengumumkan bahawa dia telah menubuhkan syarikat muzik dan hiburannya sendiri, Lloud.
Selain Lisa, Blackpink turut dianggotai tiga anggota lain iaitu Jennie Kim, Rose dan Jisoo.
Keempat-empat mereka memperbaharui kontrak dengan YG Entertainment Korea Selatan lewat tahun lalu, menyebabkan saham syarikat itu naik hampir satu pertiga.
Blackpink mencipta rekod Guinness awal tahun ini kerana mempunyai saluran muzik paling banyak ditonton di YouTube, yang kini mempunyai lebih 90 juta pelayar. - Agensi
Agensi
Wed Feb 14 2024
Lisa akan muncul dalam musim ketiga siri televisyen popular Amerika Syarikat, The White Lotus sekali gus menjadi penampilan sulung bintang K-pop itu dalam gelanggang lakonan.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Tarian berjaya pikat hati BLACKPINK, Ismail Izzani gementar ambil hadiah dari Lisa
Jumpa Lisa depan-depan, untungnya Mail.
#KillThisLove bakal menjadi fenomena baharu selepas ddu-du ddu-du?
Tajuk lagu utama "Kill This Love," dalam album baharu bakal menjadi kegilaan seperti "ddu-du ddu-du" dari kumpulan BLACKPINK.