[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Lisa Marie Presley alami serangan jantung, dikejarkan ke hospital

Astro Awani 12/01/2023 | 22:15 MYT
Lisa Marie Presley dilapor dikejarkan ke hospital sebentar tadi selepas disyaki mengalami serangan jantung. -Facebook
PENYANYI dan penggubah lagu Lisa Marie Presley dilapor dikejarkan ke hospital sebentar tadi selepas disyaki mengalami serangan jantung.
Pasukan perubatan EMT dikejarkan ke kediamannya sebaik menerima panggilan kecemasan, lapor portal TMZ.
Sumber memaklumkan pasukan paramedik memberi bantuan pernafasan kepada Lisa Marie pada Khamis di rumahnya di Calabasas sebelum dia dikejarkan ke hospital.
Anak perempuan kepada legenda rock and roll Elvis Presley dan pelakon Priscilla Presley itu baru sahaja menghadiri Anugerah Golden Globe pada Selasa malam di Beverly Hills.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penyanyi dan penulis lagu berusia 54 tahun itu mempunyai empat anak, termasuk pelakon Riley Keough.
Lisa Marie memiliki dan mengendalikan operasi Elvis Presley Enterprises sehingga tahun 2005, apabila dia menjual semua perniagaan itu.
Lisa Marie masih merupakan pemilik Graceland, hartanah Elvis di Memphis yang terkenal.
#Lisa Marie Presley #serangan jantung #Elvis Presley #bantuan pernafasan