Lisa Surihani lebih faham cara lindungi anak ketika guna internet

Gempak
Ogos 9, 2018 22:57 MYT
Lisa menyeru ibu bapa beri perhatian khusus tentang kandungan internet yang didedahkan kepada anak-anak. - Gambar fail
MUNGKIN tidak ramai artis yang peduli bab mendalami pengetahuan tentang keselamatan siber tetapi Lisa Surihani lebih peka sebagai persediaan melindungi keluarga dan anak-anak.
Pelakon popular menyatakan aspek keselamatan siber adalah suatu yang sepatutnya diambil tahu dan dipelajari.
"Ia membantu kita bukan saja diri sendiri tapi sebagai ibu bapa dalam mendidik anak tentang bagaimana melindungi mereka ketika menggunakan Internet," katanya.
Lisa memuat naik pandangannya mengenai keselamatan siber dalam satu status di akaun Instagramnya, @lisasurihani baru-baru ini.
#anak #Internet #keluarga #keselamatan siber #Lisa Surihani