Lisa Surihani, Yusry kongsi foto pertama bersama bayi mereka

Astro Awani
September 18, 2015 00:33 MYT
Foto bersama pasangan Lisa Surihani dan Yusry bersama bayi perempuan mereka.
Astro AWANI berkongsi kegembiraan apabila pasangan Yusry dan Lisa Surihani beroleh cahaya mata pertama mereka.
Bayi perempuan pasangan itu dilahirkan seberat 3.4kg pada 15 September 2015 pada kira-kira pukul 11:44 malam di Pantai Medical Centre Bangsar.
Menerusi satu mesej kepada Astro AWANI, Lisa berkata: "Alhamdulillah bayi dan saya berada dalam keadaan sihat.
"Terima kasih di atas segala doa dan sokongan.
"Nama bayi akan diumumkan selepas 7 hari."
#bayi #eksklusif #foto bayi Lisa Surihani #Lisa Surihani #perempuan #Yusry