Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan disatukan

Astro Awani
Februari 2, 2013 02:47 MYT
Pelakon filem terkenal, Liyana Jasmay selamat bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Seri Pacific sebentar tadi.
Pasangan selamat diijabkabulkan dengan 2 kali lafaz dan telah dinikahkan sendiri oleh ayah Liyana sendiri iaitu Dato' Jasmay Md Shah dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas berharga RM5,500.
Pihak pengantin lelaki turut membawa wang hantaran berjumlah RM28,388 beserta lima dulang hantaran.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#bernikah #Fathuddin Mazlan #kahwin #Liyana Jasmay