[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
HIBURAN

Lokasi konsert Krisdayanti ditukar ke PICC

Bernama 16/06/2025 | 08:15 MYT
Krisdayanti bakal tampil selepas lapan tahun, diiringi orkestra pimpinan Erwin Gutawa, bersama penampilan istimewa Mimi Fly dan Khai Bahar.
KUALA LUMPUR: Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti yang sepatutnya diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 22 Jun ini, ditukarkan ke lokasi baharu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


Ringkasan AI
  • Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti dipindahkan ke PICC, Putrajaya, bagi memastikan keselesaan penonton berbanding lokasi asal di Axiata Arena Bukit Jalil.
  • Krisdayanti bakal tampil selepas lapan tahun, diiringi orkestra pimpinan Erwin Gutawa, bersama penampilan istimewa Mimi Fly dan Khai Bahar.
  • Tiket konsert boleh didapati antara RM154 hingga RM448 menerusi pautan rasmi yang disediakan oleh penganjur Jaguh Baru.


Dalam satu kenyataan hari ini, penganjur konsert Jaguh Baru menerusi Ketua Pegawai Kewangannya Isaruddin Abdul Rani, berkata perubahan lokasi itu bagi menjamin keselesaan dan memberikan kemudahan terbaik kepada penonton yang menantikan kemunculan primadona Indonesia berkenaan, selepas lapan tahun tidak beraksi di Malaysia.

Kali terakhir penyanyi yang popular dengan genre balada dan cinta itu menggegarkan pentas Malaysia ialah Konsert Romansa Krisdayanti pada 2017.

Pada konsert kali ini, persembahan Krisdayanti dijadualkan diiringi susunan muzik orkestra di bawah arahan pengarah muzik tersohor Erwin Gutawa.

Lebih istimewa, dua bintang tanah air Mimi Fly dan Khai Bahar akan menyerikan pentas sebagai penyanyi undangan khas.

Peminat boleh dapatkan tiket melalui pautan https://cintanostalgia.ubertickets.asia pada harga RM154 hingga RM448.

-- BERNAMA




#Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti #lokasi ditukar #Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya #Axiata Arena