HIBURAN
Loni Anderson, bintang siri TV popular 'WKRP in Cincinnati' meninggal dunia
Majlis pengebumian akan diadakan secara tertutup di Hollywood Forever Cemetery. - Foto AP
LOS ANGELES: Pelakon terkenal era 1980-an, Loni Anderson, yang dikenali menerusi wataknya sebagai Jennifer Marlowe dalam siri komedi televisyen popular WKRP in Cincinnati, telah meninggal dunia pada Ahad lalu di sebuah hospital di Los Angeles, hanya beberapa hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-80.
Ringkasan AI
Menurut jurucakap keluarga dan publisis lamanya, Cheryl J. Kagan, Anderson meninggal dunia selepas mengalami penyakit berpanjangan.
“Kami amat berduka atas pemergian isteri, ibu dan nenek tercinta kami,” kata keluarganya dalam satu kenyataan rasmi.
Siri WKRP in Cincinnati, yang disiarkan dari tahun 1978 hingga 1982, mengisahkan sebuah stesen radio yang bergelut untuk kekal relevan dengan muzik rock.
Anderson memegang watak sebagai seorang setiausaha stesen yang bijak dan glamor, yang menggunakan daya tarikannya untuk mengurus situasi kerja yang mencabar.
Watak tersebut menjadikan beliau ikon televisyen dan menerima dua pencalonan Anugerah Emmy serta tiga pencalonan Golden Globe.
Selain kejayaannya di televisyen, Anderson turut membintangi filem Stroker Ace bersama Burt Reynolds pada tahun 1983.
Mereka kemudian berkahwin dan menjadi perhatian media sebelum berpisah pada tahun 1994.
Anderson menulis tentang perkahwinan mereka dalam autobiografi My Life in High Heels yang diterbitkan pada 1995.
Sepanjang kerjayanya, Anderson muncul dalam pelbagai siri TV seperti S.W.A.T., Police Woman, dan Easy Street, serta filem televisyen seperti White Hot: The Mysterious Murder of Thelma Todd.
Beliau terus aktif dalam industri hiburan sehingga akhir hayatnya, termasuk penampilan dalam filem perayaan Ladies Of The 80s: A Divas Christmas pada 2023.
Loni Anderson dilahirkan pada 5 Ogos 1945 di Saint Paul, Minnesota.
Mendiang meninggalkan suami Bob Flick, anak perempuan Deidra, anak lelaki Quinton Anderson Reynolds, serta beberapa cucu dan ahli keluarga terdekat.
Majlis pengebumian akan diadakan secara tertutup di Hollywood Forever Cemetery.
Ringkasan AI
- Pelakon ikonik era 1980-an meninggal dunia di Los Angeles selepas mengalami penyakit berpanjangan, beberapa hari sebelum ulang tahunnya ke-80.
- Terkenal sebagai Jennifer Marlowe, Anderson menerima pencalonan Emmy dan Golden Globe serta terus aktif dalam industri hiburan hingga akhir hayat.
- Pernah berkahwin dengan Burt Reynolds, menulis autobiografi, dan meninggalkan suami, anak-anak serta cucu; majlis pengebumian diadakan secara tertutup.