[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
ENTERTAINMENT

Louis C.K. digugurkan daripada sekuel 'The Secret Life Of Pets 2'

Astro Awani 11/11/2017 | 05:48 MYT
The Secret Life Of Pets 2 dijadual ditayangkan pada Jun 2019 dan pengganti Louis C.K. belum dinyatakan. -REUTERS
UNIVERSAL Picture dan Ilumination Entertainment bertindak menggugurkan Louis C.K. daripada sekuel The Secret Life Of Pets 2.
Ia susulan pengakuan pelakon komedi itu terhadap dakwaan seksual yang dilakukannya.
C.K. memegang watak utama Max dalam animasi berkenaan.
Pengguguran C.K. diumumkan Universal dan Illumination dalam kenyataan satu perenggan pada Jumaat.
Bagaimanapun, siapa yang bakal menggantikan C.K. tidak dinyatakan.
Sekuel berkenaan dijadual ditayangkan pada Jun 2019.
Filem pertamanya berjaya meraih kutipan kasar AS$875 juta di seluruh dunia.
#Louis C K #The Secret Life Of Pets II #Universal Picture dan Ilumination Entertainment