Lucunya! Ini reaksi Blackpink selepas 'tonton' trailer Misteri Dilaila

Gempak
Februari 26, 2019 10:19 MYT
Reaksi comel Blackpink yang dianggotai oleh Jennie, Lisa, Jisoo dan Rose itu sememangnya mencuit hati peminat. -Gempak
KUNJUNGAN kumpulan K-Pop popular Blackpink ke Malaysia selama dua hari untuk konsert jelajah mereka ternyata mendapat sambutan hangat.
Namun sebelum Blackpink pulang ke Korea selepas tamat konsert kedua, kumpulan ini meluangkan sedikit masa untuk ‘menonton’ trailer filem Misteri Dilaila yang diarahkan oleh Syafiq Yusof.
Menariknya, reaksi comel Blackpink yang dianggotai oleh Jennie, Lisa, Jisoo dan Rose itu sememangnya mencuit hati peminat.
Namun jangan salah sangka, mereka bukanlah menonton secara ‘real’ sebaliknya video yang dikongsi oleh Astro Shaw itu merupakan ‘dubbing’ atau pun ‘troll’ lawak yang merakamkan reaksi kononnya Blackpink menonton trailer berkenaan.
Bagaimanapun, video tersebut mendapat komen-komen positif yang rata-ratanya menyatakan rasa terhibur melihat reaksi mereka.
Tidak kurang juga ada yang meneka anggota Blackpink yang mana bakal menangis sekiranya menonton filem seram tersebut.
“Okay… Tengok siapa jerit dulu, rasanya JENNIE sebab kat Running Man haritu dia takut sampai nangis-nangis,” tulis @fr4nsy_
“Rasa nak lempang je dengar suara Jennie."
#BLACKPINK #Jennie #Jisoo #K-pop #konsert jelajah #Lisa #Misteri Dilaila #Rose #Syafiq Yusof