HIBURAN
Luke Perry dikebumikan dengan pakaian mesra alam
Menurut Sophie, Luke (gambar) sebelum ini pernah menyuarakan hasratnya untuk memakai baju sut yang dibuat daripada cendawan. - Instagram/lukeperrydaily
MENDIANG Luke Perry dilaporkan dikebumikan dengan berpakaian 'mesra alam'.
Anak perempuanya, Sophie mendedahkan, Luke dikebumikan dengan memakai sut yang dibuat daripada cendawan.
Kata Sophie menerusi perkongsian di laman Instagramnya @lemonperry, bapanya pernah menyuarakan keinginannya untuk memakai sut itu sebelum ini.
Terdahulu, Luke yang popular dengan siri televisyen Beverly Hills 90210, meninggal dunia pada 4 Mac lalu selepas alami serangan angin ahmar.
Dia meninggal dunia pada usia 52 tahun di Hospital St Joseph di Burbank, California, Amerika Syarikat selepas usaha untuk menyelamatkannya gagal.