awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mabuk ketika memandu: Justin Timberlake dihadap ke mahkamah Julai depan

Agensi
Agensi
19/06/2024
05:11 MYT
Mabuk ketika memandu: Justin Timberlake dihadap ke mahkamah Julai depan
Timberlake bakal dihadapkan ke mahkamah pada 26 Julai depan. - fotoREUTERS
Selepas ditahan akibat memandu dalam keadaan mabuk, penyanyi Justin Timberlake akan dihadapkan ke mahkamah pada 26 Julai depan.
Timberlake ditahan di New York selepas didakwa memandu dalam keadaan mabuk di New York, Amerika Syarikat.
Tindakan Timberlake, 43 itu menyebabkan dia dihadapkan ke Mahkamah Keadilan Sag Harbor Village dan dibebaskan dengan jaminan. Sebutan semula kes akan diadakan secara maya pada 26 Julai depan.
Pihak berkuasa tempatan dari Mahkamah Daerah Suffolk dalam satu kenyataan berkata kepada BBC, bintang pop berkenaan ditahan pada Selasa pagi.
Timberlake berada di Sag Harbor, berdekatan Hamptons, Rhode Island ketika ditahab pada jam 5.37 pagi (waktu tempatan) selepas dipercayai melanggar tanda berhenti dan gagal untuk memandu di sebelah kanan jalan raya.
Ketika ditahan oleh seorang anggota berkuasa, Timberlake dilaporkan tidak dapat memberikan fokus, gagal bertutur dengan jelas dan nafasnya berbau alkohol.
Suami kepada pelakon Jessica Biel itu juga dilaporkan enggan melakukan ujian nafas.
Timberlake mementaskan dua konsert di Chicago dan dijadualkan untuk membuat persembahan di New York untuk mempromosikan album terbaharunya, "Everything I Thought It Was."
Topic Berkaitan
#Justin Timberlake ditahan memandu dalam keadaan mabuk
#Justin Timberlake
#Cry Me A River
#Jessica Biel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan