Macam movie lah, netizen tak sabar nak tonton muzik video Ismail Izzani

Asyraf Roslan
Januari 17, 2019 07:01 MYT
Muzik videonya akan dilancarkan pada Jumaat,19 Januari - FotoWorld Peace Entertainment - YouTube
Meremang bulu roma!
Itu sahaja yang boleh digambarkan apabila peminat pertama kali menonton teaser lagu terbaharu daripada Ismail Izzani, Save Me.
Teaser yang telah dimuat naik oleh World Peace Entertainment, sebenarnya ialah Muzik Video terbaharu dari Ismail.
Ismail,19, yang juga popular dengan lagu Bidadari dan Luar Biasa ini, telah menghasilkan sebuah lagu berbahasa Inggeris buat peminat setianya.
Teaser muzik video yang dihasilkan oleh MTAS Production itu telah mendapat reaksi yang sangat positif dari semua peminat Ismail Izzani atau lebih dikenali sebagai Oppa Jani.
Sejak lagu ini dilancarkan dua bulan lepas, lagu ini telah mendapat tontonan lebih 600 Ribu dan 20 Ribu tanda suka di Youtube.
Muzik video itu yang juga menampilkan penyanyi dan pelakon, Naim Daniel akan dilancarkan pada Jumaat,19 Januari.
Melalui kapsyen yang dikeluarkan oleh di Youtube rasmi World Peace Entertainment, pada 19 Januari ini bukan sahaja muzik video malah akan ada filem pendek yang akan dilancarkan.
#Ismail Izzani #MTAS Production #Muzik Video #Save Me #YouTube