ENTERTAINMENT
'Macam Tom Cruise' - Sofyank bakal kolaborasi lagi bersama artis Hollywood?
Sofyank memuat naik video teaser di media sosial yang mencetuskan tanda tanya mengenai kolaborasi dengan selebriti Hollywood, dipercayai Tom Cruise. -Gempak
PEREKA kandungan digital, Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank sekali lagi mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen selepas memuat naik video teaser terbaharunya di media sosial.
Ringkasan AI
- Sofyank memuat naik video teaser di media sosial yang mencetuskan tanda tanya mengenai kolaborasi dengan selebriti Hollywood, dipercayai Tom Cruise.
- Video tersebut menunjukkan Sofyank menyelesaikan tiga tugasan dan terdapat bayangan wajah lelaki misteri mirip Tom Cruise.
- Sofyank sebelum ini pernah bekerjasama dengan bintang antarabangsa seperti Will Smith dan Paul Rudd, menjadikan kemungkinan kolaborasi dengan Tom Cruise tidak mustahil.
Dalam video berdurasi beberapa saat itu, dapat dilihat Sofyank sedang menyelesaikan tiga tugasan dalam video berkenaan.
Namun, apa yang mencuri perhatian apabila terdapat skrin besar yang memaparkan bayangan wajah seorang lelaki misteri itu, dipercayai mirip dengan ikon filem aksi Hollywood, Tom Cruise.
“Insya-Allah misi seterusnya pergi ke Tokyo untuk shoot video dengan dia,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen ramai netizen berteka-teki mengenai siapakah selebriti sebenar yang bakal muncul dalam kolaborasi ini.
“Kalau betul ni Tom Cruise, aku salute habis dekat Sofyank!
“Macam Tom Cruise je.
“Ethan Hunt ke tu?
“Semoga dipermudahkan segala urusan @sofyank96 dan team. Bawa Jalur Gemilang ke persada dunia,” komen beberapa netizen.
Sofyank sebelum ini pernah mencipta kandungan bersama bintang antarabangsa seperti Will Smith dan Paul Rudd, menjadikan kemungkinan ini tidak mustahil.
Adakah benar Sofyank bakal bekerjasama dengan Tom Cruise di Tokyo?
Nantikan pengumuman rasmi tidak lama lagi! -Gempak