KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun tertangguh ekoran COVID-19, legenda muzik India yang diiktiraf maestro, Ilaiyaraaja bakal menggegarkan Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) menerusi Konsert Ilaiyaraaja Live in Kuala Lumpur pada malam esok.
Pastinya, peminat hiburan tempatan yang sudah menantikan konsert seniman berusia 79 tahun itu sebelum 'serangan' COVID-19 teruja untuk mengubati penantian dua tahun itu.
Diiringi 50 pemuzik orkestra dan penyanyi latar, konsert hampir empat jam itu menjanjikan persembahan hebat yang akan disaksikan 10,000 penonton.
Ilaiyaraaja berkata, beliau teruja dapat menemui kembali peminat di Malaysia selepas pertama kali konsert beliau diadakan pada 2017.
Beliau memberitahu, Malaysia sentiasa istimewa dan dekat dengan hatinya sejak awal karier beliau.
"Walaupun konsert ini akan mendendangkan kebanyakan lagu yang anda pernah dengar namun saya pasti lagu-lagu itu tidak pernah luput ditelan zaman.
"Selalunya saya berkata, sesebuah lagu itu perlu dihayati seperti 'bunga yang baru mekar'," katanya pada sidang media di sini, pada Khamis.
Astro Ulagam merupakan rakan media strategik kepada konsert legenda itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mojo Projects Sdn Bhd, Ratna Kumar Nadarajan berkata, sektor hiburan adalah antara industri yang paling terjejas teruk semasa pandemik.
"Namun, kami bersyukur dapat kembali 'beraksi' di pentas bersama Ilaiyaraaja Live in Kuala Lumpur," katanya.
Membawa legasi lima dekad dalam dunia seni, anak kelahiran Pannaipuram, Madurai itu diiktiraf sebagai komposer Asia pertama menghasilkan skor simfoni, selain mencetuskan aliran dalam industri filem India Selatan dengan kelebihan menyuntik pengaruh Barat dalam lagu.
Sehingga kini, beliau telah menggubah lebih 7,000 lagu dan menyediakan skor filem untuk lebih daripada 1,000 filem India dalam pelbagai bahasa.
Memetik laporan BBC, lagu hasil gubahan Ilaiyaraaja, Rakkamma Kayya Thattu dari filem Thalapathy, lakonan bintang popular Rajinikanth dinobatkan di tempat keempat sebagai lagu popular sepanjang zaman pada 2003.
Umavathi Ramayah
Fri Sep 30 2022
Ilaiyaraaja berkata, beliau teruja dapat menemui kembali peminat di Malaysia selepas pertama kali konsert beliau diadakan pada 2017. - Foto Mojo Projects
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Maestro Ilaiyaraaja temui peminat di KL esok
Selepas dua tahun tertangguh ekoran COVID-19, legenda muzik India yang diiktiraf maestro, Ilaiyaraaja bakal menggegarkan MITEC menerusi Ilaiyaraaja Live in Kuala Lumpur esok.