Mahkamah keluar perintah larangan Johnny Depp dekati isteri

Madiha Abdullah
Mei 28, 2016 03:49 MYT
Depp dan Heard berkahwin pada Februari 2015, selepas berkenalan selama tiga tahun. - Foto AP
HAKIM Mahkamah Agung Los Angeles mengeluarkan larangan terhadap pelakon terkenal, Johny Depp daripada mendekati isterinya, Amber Heard.
Hakim turut memerintahkan Depp supaya tidak menghubungi Heard, susulan dakwaan dia memukul isterinya.
Heard mendakwa, Depp membaling telefon bimbit ke mukanya, selain memukul dan menarik rambutnya ketika mereka bertengkar hujung minggu lalu.
Depp dikatakan berada dalam keadaan mabuk pada ketika itu.
Heard pada Isnin, mengemukakan permohonan cerai dari bintang 'Pirates of the Caribbean' itu selepas 15 bulan berkahwin kerana tiada lagi keserasian.
Dalam prosiding berkenaan, Heard turut mengemukakan gambar kesan pukul di wajahnya.
Tiga tahun lalu, Depp pernah membuat pengakuan kepada majalah Rolling Stones bahawa dia pernah bergantung kepada alkohol untuk menenangkan diri.
Dia bagaimanapun menafikan dakwaan dia ketagih alkohol.
Depp, 52, dan Heard, 30, berkahwin pada Februari 2015, selepas berkenalan selama tiga tahun.
#Amber Heard #Hollywood #Johnny Depp #pelakon #perkahwinan