HIBURAN
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Hantaran itu merupakan foto yang merakamkan Malique kelihatan tersenyum sambil mendukung seorang bayi.
PENYANYI rap dan komposer, Malique mencetuskan keterujaan dalam dalam kalangan peminat apabila memuat naik satu hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Istimewanya adalah hantaran itu merupakan foto yang merakamkan Malique kelihatan tersenyum sambil mendukung seorang bayi.
Bagaimanapun foto tersebut tidak diletakkan sebarang kapsyen dan tidak pula dinyatakan sama ada gambar itu merupakan yang terbaharu atau hanya sekadar ‘throwback’.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata peminat menyatakan rasa teruja melihat posting tersebut dan tidak kurang juga memberikan komen mengusik kepada idola mereka.
Selain itu, ada juga yang meluahkan rasa gembira kerana melihat Mr General iaitu gelaran Malique dalam kalangan peminat, kelihatan bahagia bersama keluarga.
Sebelum ini, Malique pernah mencuri perhatian apabila memuat naik foto dua tiket Konsert GenKRU The Finale: One More Time sehingga membuatkan ramai peminat teruja. - Gempak