BELUM bermula, namun kehangatannya sudah mula dirasai.
Hampir satu dekad bersiaran, program hiburan pilihan penonton Gegar Vaganza (GV) kembali membawa kelainan dengan memanggil kesemua juara untuk berentap di satu pentas yang sama.
Program yang akan berlangsung selama 12 minggu itu menyaksikan juara musim pertama Ayai Illusi kembali berentap bersama dan Jaclyn Victor yang merupakan juara GV musim kesembilan.
Senarai penuh peserta Gegar Vaganza 10:
Ayai Ilusi - Juara GV
Siti Nordiana - Juara GV 2
Azharina - Juara GV 3
Aishah - Juara GV 4
Noryn Aziz - Juara GV 5
Hardy Mirza - Juara GV 6
Naqiu - Juara GV 6
Cliff Umar - Juara GV 7
Alif Aziz - Juara GV 8
Jaclyn Victor - GV 9
Namun cabaran tidak berhenti di situ apabila kesemua juara juga bakal bersaing bersama lima peserta lain yang akan dipilih oleh rakyat Malaysia melalui undian ‘hot seat’.
Peminat boleh memilih lima peserta ‘hot seat’ menerusi undian di laman web www.gempak.com/gegarvaganza bermula hari ini.
Sementara itu, Maestro terkenal, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Shafinaz Selamat juga akan kembali sebagai juri tetap All Stars GV untuk tahun ini.
Juara kali ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 berserta trofi dan akan berentap di pentas akhir yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil.
All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama 12 minggu bermula 24 September 2023 di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Asyraf Roslan
Tue Aug 29 2023
Program hiburan pilihan penonton Gegar Vaganza (GV) kembali membawa kelainan dengan memanggil kesemua juara untuk berentap di satu pentas yang sama.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Mana lebih menyengat? Semua juara kembali bersaing di pentas GV10
Juara kali ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 berserta trofi dan akan berentap di pentas akhir yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil.