HIBURAN
Manis dan sopan, Amira Othman khatam Al-Quran sebelum disatukan dengan Fattah Amin
Amira kelihatan tampil anggun dalam jubah berwarna nude sambil memperlihatkan seri pengantin ketika mengalunkan ayat suci Al-Quran. - Foto Gempak
PENYANYI, Amira Othman mengadakan majlis khatam Al-Quran hari ini sebelum dirinya sah bergelar isteri kepada pelakon, Fattah Amin.
Ringkasan AI
Menerusi perkongsian di Instagram milik pendakwah bebas, Ustazah Asni Mansor, Amira kelihatan tampil anggun dalam jubah berwarna nude sambil memperlihatkan seri pengantin ketika mengalunkan ayat suci Al-Quran.
Majlis berkenaan turut dipimpin oleh Ustazah Asni yang membimbing bacaan serta menyampaikan tazkirah ringkas mengenai keindahan Al-Quran, diiringi bacaan selawat bersama para tetamu.
Terdahulu, Fattah membuat kejutan manis ketika majlis pelancaran single terbaru Amira bersama adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir, apabila mengumumkan tarikh pernikahan mereka yang juga bertepatan dengan hari lahirnya.
Ringkasan AI
- Amira Othman mengadakan majlis khatam Al-Quran sebelum bergelar isteri kepada pelakon Fattah Amin, tampil anggun dalam jubah nude sambil mengalunkan ayat suci.
- Majlis dipimpin Ustazah Asni Mansor, yang turut menyampaikan tazkirah dan bacaan selawat bersama para tetamu.
- Fattah Amin membuat kejutan manis dengan mengumumkan tarikh pernikahan mereka semasa pelancaran single terbaru Amira dan Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir.