HIBURAN
Marcell, isteri rakam semula lagu Freedom, Mulanya Di Sini
Marcell dan isterinya, Rima Melati kembali mencuri perhatian peminat serantau menerusi single terbaharunya berjudul Mulanya Di Sini yang pernah dimasyhurkan oleh band legenda Malaysia, Freedom. - Gambar Instagram @marcellsiahaans
KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor Indonesia, Marcell Siahaan kembali mencuri perhatian peminat serantau menerusi single terbaharunya berjudul Mulanya Di Sini, sebuah interpretasi semula lagu klasik era 1980-an nyanyian kumpulan legenda Malaysia, Freedom.
Lebih istimewa, versi terbaharu lagu ini menyaksikan Marcell berkolaborasi dengan Rima Melati Adams, yang bukan sahaja tampil sebagai rakan duet, malah merupakan pasangan hidupnya sendiri.
Menerusi Mulanya Di Sini, Marcell memilih pendekatan yang jujur dan bersahaja, tanpa olahan berlebihan.
Lagu ini disampaikan dengan tenang, memberi ruang kepada maknanya untuk berkembang secara semula jadi, sekali gus menonjolkan mesej kebersamaan, kesabaran dan tanggungjawab dalam sesebuah hubungan.
Menurut Marcell, kekuatan lagu tersebut terletak pada kejujurannya.
“Lagu ini tidak perlu dibuat lebih besar daripada dirinya sendiri. Keindahannya ada pada kejujuran. Tugas kami hanya menyampaikannya dengan tulus,” katanya.