Pasangan Marisa Tomei dan Logan Marshall Green dilaporkan sudah bertunang.

Green telah melamar Tomei pada sambutan Krismas lalu.

Aktres yang popular menerusi filem Wrestler itu sebelum ini pernah menyatakan tidak akan berkahwin.

Namun Tomei, 48 tahun tidak dapat menolak lamaran Green, 36 tahun.

Gembira dengan lamaran itu pasangan tersebut mula bercinta sejak 2008.

Tomei yang baru disaksikan menerusi filem Parental Guidance sebelum ini pernah dikaitkan dengan Robert Downey Junior dan Lenny Kravitz.