awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thaipusam: 10 laluan utama di Ipoh ditutup, dilencongkan
Kapal LCS 1 mulakan ujian perjalanan laut pertama hari ini - Mohamed Khaled
Isu FAM: Kepimpinan Eksekutif letak jawatan secara kolektif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'The Marvels' catat kutipan terendah dalam sejarah MCU

Agensi
Agensi
13/11/2023
03:32 MYT
'The Marvels' catat kutipan terendah dalam sejarah MCU
The Marvels juga menjadi keluaran MCU ketiga yang menerima Skor Pawagam "B" daripada penonton filem, selepas Eternals dan Ant-Man And The Wasp: Quantamania.
FILEM terbaharu dalam Marvel Cinematic Universe, The Marvels, memperoleh anggaran AS$47 juta dalam pasaran hujung minggu sulungnya di Amerika Syarikat, rekod kutipan paling rendah dalam sejarah francais berkenaan.
Di pasaran antarabangsa, "The Marvels" memperoleh AS$63.3 juta dalam jualan tiket, menjadikan jumlah keseluruhan kepada AS$110.3 juta.
David Gross, yang mengendalikan firma perunding filem Franchise Research Entertainment, melihatnya sebagai "kegagalan Marvel yang tidak pernah berlaku sebelum ini" kerana sekuel membabitkan Marvel tidak seharusnya mencatat kutipan serendah itu.
Selain ulasan yang tidak memberangsangkan, The Marvels juga menjadi keluaran MCU ketiga yang menerima Skor Pawagam "B" daripada penonton filem, selepas Eternals dan Ant-Man And The Wasp: Quantamania.
Biarpun pembukaan AS$47 juta bukanlah satu kutipan yang buruk untuk filem, namun ia dilihat sebagai satu kekecewaan jika dibandingkan dengan pencapaian filem Marvel sebelum ini.
Ia juga dijangka menjadi faktor untuk studio memikirkan semula perancangan mereka selepas ini.
Topic Berkaitan
#Marvel Cinematic Universe
#the marvels
#filem
#Ant-Man And The Wasp Quantamania
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan