awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah teknikal halang pembelian tiket prajualan konsert Coldplay

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
16/05/2023
03:20 MYT
Masalah teknikal halang pembelian tiket prajualan konsert Coldplay
Laman web itu sepatutnya dibuka bagi penjualan tiket prajualan khusus untuk pemegang kad CIMB Bank pada jam 10 pagi.
KUALA LUMPUR: Sistem pelayan bagi penjualan tiket konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour yang bakal berlangsung November nanti, dilihat berdepan masalah teknikal ketika ramai berpusu-pusu untuk membeli tiket prajualan Coldplay.
Semakan mendapati pengguna gagal mengakses butang pembelian di laman web Live Nation Malaysia sejak jam 10 pagi.
Mesej ralat dipaparkan selepas bahagian ‘Beli Sekarang’ diklik pengguna.
Beberapa peminat tegar kumpulan itu turut berkongsi pengalaman yang sama ketika sedang ‘berjuang’ bagi membeli tiket ke Konsert Coldplay.
When you try your best but you dont succeed #COLDPLAYinKL pic.twitter.com/0ETKNtTtG3
— Vishfro (@vishfro) May 16, 2023
Laman web itu sepatutnya dibuka bagi penjualan tiket prajualan khusus untuk pemegang kad CIMB Bank pada jam 10 pagi.
Namun, ada yang sudah beratur untuk membeli tiket sejak jam 9 pagi.
Kumpulan muzik ternama dari United Kingdom, Coldplay mengesahkan bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 22 November depan.
Kemunculan mereka pada konsert yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu bersempena dengan siri jelajah Music of the Spheres World Tour.
Topic Berkaitan
#Coldplay
#Stadium Nasional Bukit Jalil
#masalah teknikal
#penjualan tiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan