Masih ingat lagu Memburu Impian? Kazar bakal kembali menyanyi

Gempak
Mac 25, 2018 14:47 MYT
Di sebalik aksi lakonan Kazar di televisyen, pelakon ini juga popular dalam kalangan peminat dengan usikan jenakanya di media sosial. Instagram kazar35
PELAKON drama terkenal, Kazar mempunyai perancangan untuk kembali menyanyi selepas lagu popularnya menerusi filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1985.
Meskipun aktor berusia 59 tahun ini lebih banyak berlakon, dia masih memendam hasrat untuk menyanyi mahupun merakam single.
Kazar tidak menolak jika ada tawaran menyanyi termasuk mempunyai perancangan menghasilkan single bersama Tajul Arif menerusi lagu runut bunyi filem baru, Enjin No. 9.
Dalam filem terbaru arahan Raja Azmi itu, Kazar turut bergandingan dengan bakat baru, Tajul dan Ayunie.
Di sebalik aksi lakonan Kazar di televisyen, pelakon ini juga popular dalam kalangan peminat dengan usikan jenakanya di media sosial.
Antara yang mencuit perhatian peminat adalah aksinya ketika bergurau senda dengan pelakon Hollywood dan Korea mahupun rakan artis tempatan lain.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @kazar35
Sumber: Harian Metro
#drama #Enjin No 9 #filem #Kazar #lagu runut bunyi #media sosial #Memburu Impian #pelakon #penyanyi #raja azmi