awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masterchef Malaysia, Nik Michael sah bergelar suami

Gempak
Gempak
24/11/2015
18:00 MYT
Masterchef Malaysia, Nik Michael sah bergelar suami
Nik Michael dan Siti Nadiah sah bergelar suami isteri sekitar jam 9 malam Isnin di kediaman keluarga pengantin perempuan di Mines, Sri Kembangan. - Foto Astro Gempak
BEKAS peserta Masterchef Malaysia musim pertama, Nik Michael Imran telah selamat bernikah dengan pasangannya, Siti Nadiah Shahril. Nik Michael dan Siti Nadiah sah bergelar suami isteri sekitar jam 9 malam Isnin di kediaman keluarga pengantin perempuan di Mines, Sri Kembangan. Bagaimanapun, chef selebriti ini tidak mengundang pihak media ke majlis pernikahan malam tadi dan persandingannya pada hujung minggu ini. "Memang saya tak jemput media kerana majlis yang diadakan malam Isnin bersifat intim, peribadi dan sangat kecil. “Teman Chef saya pun ada yang tak dapat undangan. Saya ada juga menjemput rakan media tetapi atas kapasiti kawan, bukannya bekerja. “Terima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan kami," katanya. Dalam pada itu, Nik Michael sempat berkongsi cerita mengenai detik perkenalannya dan isteri pada tahun 2005. "Dia sebenarnya cinta pertama saya di sekolah menengah dulu. Biasalah adat bercinta, ada pasang surutnya. Tak sangka cinta kami bertaut kembali selepas sekian lama. “Hakikatnya dia wanita yang sangat memahami diri saya," ujarnya. Menurut laporan Berita Harian Online, pasangan pengantin baru ini kini berada di Pulau Langkawi untuk berbulan madu.
Topic Berkaitan
#berkahwin
#MASTERCHEF
#Nik Michael Imran
#Siti Nadiah Shahril
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan