awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
Fasa pertama Banci Ekonomi 2026 fokus sektor informal, termasuk peniaga dalam talian - DOSM
Peranti eBraille memudahkan OKU penglihatan akses al-Quran, ilmu agama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mat Rock, isteri bercerai dengan talak satu

Astro Awani
Astro Awani
10/08/2020
05:26 MYT
Mat Rock, isteri bercerai dengan talak satu
Opie Zami memberikan kenyataan kepada wartawan di luar Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin. - Gambar SINAR HARIAN
Rumah tangga pelakon dan pengarah terkenal, Mohd Saufi Zami atau lebih terkenal dengan panggilan Opie Zami dan isterinya, Zamzarina Mohammed berakhir dengan perceraian.
Pasangan berkenaan sah bercerai talak satu, pada pagi ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Opie Zami, 46, atau juga mesra disapa dengan panggilan Mat Rock melafazkan cerai itu terhadap Zamzarina, 43, di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Mahir Zanial.
Hakim Ahmad Mahir yang mendengar lafaz cerai itu mensabitkan perceraian dengan talak satu terhadap pasangan itu dan memerintahkan Zamzarina menjalani tempoh idah selama tiga bulan.
Opie juga perlu mendaftarkan perceraian mereka dan sijil nikah dibatalkan.
Portal berita Sinar Harian melaporkan, Zamzarina selaku plaintif memfailkan penceraian terhadap Opie selaku defendan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada 16 Mac lalu
Sebelum perceraian itu dilafazkan, pasangan berkenaan menangis ketika bermaafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri.
Pada prosiding itu, Opie tidak diwakili peguam, manakala Zamzarina diwakili peguam syarie, Azmanira Ismail @ Zanudin.
Sementara itu Opie, ketika ditemui di luar mahkamah berkata, masalah rumah tangga dia dan isterinya sudah lama berlaku.
Bagaimanapun, kata Opie, perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsi selain berharap penceraian ini merupakan keputusan yang baik antara kedua belah pihak.
"Saya buat keputusan ini dengan rela dan reda dan dalam situasi ini saya yang salah dan isteri saya tidak salah kerana saya yang gagal membentuk isteri menjadi isteri mithali.
"Lepas ini saya akan uruskan hak penjagaan anak-anak dan tuntutan nafkah," kata Opie.
Opie dan Zamzarina mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2003 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Ammar Shah Saidi,15, Aliff Shah Syedi,13, dan Arrif Shah Saidi, 8.
Topic Berkaitan
#bercerai
#Mat Rock
#Mohd Saufi Zami
#Opie Zami
#talak satu
#Zamzarina Mohammed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan