[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
HIBURAN

Mat Sentul dimasukkan ke hospital kerana strok

Gempak 09/08/2018 | 12:42 MYT
Mat Sentul atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya meminta peminat mendoakan kesejahteraannya agar boleh pulang dan berehat dengan keluarga di kediamannya di Larkin, Johor Bahru. - Foto Astro GEMPAK
PELAKON veteran, Mat Sentul dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) sejak Isnin lalu akibat strok haba.
Mat Sentul atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya meminta peminat mendoakan kesejahteraannya agar boleh pulang dan berehat dengan keluarga di kediamannya di Larkin, Johor Bahru.
Keadaannya kini dimaklumkan sihat, cuma sedikit keletihan.
“Pastinya saya mahu peminat mendoakan untuk kesihatan saya, agar saya boleh pulang ke rumah,” katanya.
Sementara itu, anaknya, Roslee Rashid, 57 tahun, berkata, sebelum itu ayahnya pernah dimasukkan ke HSA pada 30 Julai dan dibenarkan keluar pada 2 Ogos lalu.
“Ketika itu beliau dimasukkan ke hospital juga kerana strok haba.
“Selain itu beliau tidak mempunyai sebarang penyakit, beliau seorang yang aktif dan sering berjalan sekiranya berpeluang,” katanya. - Sumber: Utusan
#Abdul Rasip Yahya #Hospital Sultanah Aminah #karier #keluarga #kesihatan #Larkin #Mat Sentul #Roslee Rashid