PENYANYI Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi mendoakan agar Nordiana Mohd Naim, 39, diberikan kekuatan di atas kehilangan suaminya yang juga bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Allahyarham Mohd Suhaimi Saad.
Penyampai radio itu berkata, Nordiana atau Ina dan anak-anaknya perlu terus tabah dengan ujian tersebut.
"Saya sentiasa mendoakan semoga keluarganya dalam keadaan kuat. Kita hanya mampu berdoa tetapi yang memberi kekuatan adalah Allah SWT.
"Kita doakan juga semoga Allah SWT pilih dia (Mohd Suhaimi) sebagai kekasih-Nya," katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook pada Jumaat.
Mawi dan Ina pernah bertunang pada 10 Februari 2004, namun putus pada 10 Julai 2006 dan setahun selepas itu, Ina berkahwin dengan Allahyarham Mohd Suhaimi pada 12 Ogos 2007.
Hasil perkahwinan tersebut, Ina dan Mohd Suhaimi dikurniakan empat orang cahaya mata.
Mohd Suhaimi meninggal dunia pada jam 7.40 malam Rabu lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Tambah Mawi, dia bersyukur masyarakat banyak bercakap tentang perkara baik yang dilakukan Allahyarham Mohd Suhaimi ketika hayatnya.
“Alhamdulillah kalau ramai bercerita kebaikan kita kerana ia satu petanda baik, yang takut kalau orang cakap tentang keburukan.
“Boleh jadi contoh dan inspirasi tapi janganlah buat baik sebab nak orang puji kita selepas mati, niat sudah lari. Sebenarnya buat baik ini biarlah ikhlas.
“Esok kita mati orang hendak cerita baik atau sebaliknya, terserah kepada ALLAH. Cuma yang masih ada peluang di dunia ALLAH bagi ini, banyak-banyaklah buat kebaikan. Kalau ada rezeki lebih, berkongsi dengan orang lain,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Nov 18 2023
Mawi mendoakan agar Nordiana Mohd Naim diberikan kekuatan di atas kehilangan suaminya yang juga bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Allahyarham Mohd Suhaimi Saad.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Dua rakan didakwa lakukan rompakan berkumpulan guna parang
K. Sreedharan Naidu, 33, dan J. Moohilan Naidu, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.
Mawi doakan Ina Naim terus tabah, kuat
Mawi bersyukur masyarakat banyak bercakap tentang perkara baik yang dilakukan Allahyarham Mohd Suhaimi ketika hayatnya.