HIBURAN
Meghan Markle kembali berlakon selepas lapan tahun tinggalkan dunia seni
Markle dilaporkan kembali ke dunia lakonan selepas lapan tahun meninggalkan kerjaya seni untuk menjalani kehidupan sebagai kerabat diraja. - Gambar Reuters
LOS ANGELES: Duchess of Sussex, Markle dilaporkan kembali ke dunia lakonan selepas lapan tahun meninggalkan kerjaya seni untuk menjalani kehidupan sebagai kerabat diraja.
Menurut laporan media hiburan antarabangsa, Markle membuat penampilan khas dalam filem komedi baharu berjudul Close Personal Friends, terbitan Amazon MGM Studios.
Filem yang menampilkan barisan pelakon terkenal termasuk Brie Larson, Lily Collins, Jack Quaid dan Henry Golding itu kini sedang menjalani penggambaran di Pasadena, California.
Markle, 44, dilaporkan memainkan watak dirinya sendiri dalam filem itu, yang mengisahkan sepasang suami isteri biasa yang bertemu dan berkawan dengan pasangan selebriti semasa bercuti di Santa Barbara.
Persahabatan itu kemudian mencetuskan pelbagai situasi janggal dan lucu.
Penampilan ini menandakan kemunculan semula Meghan ke layar perak sejak meninggalkan siri popular Suits pada 2017, susulan pengumuman pertunangannya dengan Putera Harry.
Sumber produksi memaklumkan, Markle kelihatan “tenang dan mesra” di set penggambaran, malah memperkenalkan diri kepada semua kru produksi.
“Ini adalah langkah kecil Meghan untuk kembali ke set dan melihat sama ada dia masih menikmati suasana lakonan,” kata sumber kepada People Magazine.
Putera Harry dilaporkan menyokong penuh keputusan isterinya untuk kembali berlakon, dengan sumber menyatakan beliau “hanya mahu Markle melakukan perkara yang menggembirakannya.”
Selain lakonan, Markle turut aktif dalam bidang penerbitan melalui syarikat Archewell Productions yang menghasilkan dokumentari seperti Polo dan Live to Lead, serta siri gaya hidup With Love, Meghan di Netflix.
Filem Close Personal Friends belum mempunyai tarikh tayangan rasmi, namun dijangka menarik perhatian ramai apabila dilancarkan kelak. - Agensi