Melly Goeslaw jadi duta kemanusiaan ke Palestin

Afza Fahmidah
Disember 18, 2017 13:55 MYT
Penyanyi dan penulis lirik, Melly Goeslaw dan Opick telah berangkat ke Palestin sebagai Duta Kemanusiaan Indonesia pada 17 Disember lalu untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan di sana. - foto dipetik daripada akaun Instagram Melly Goeslaw
PENYANYI dan penulis lirik Melly Goeslaw Hoed menjadi duta kemanusiaan ke Palestin ekoran keadaan di negara bergolak itu menjadi lebih genting selepas pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tentang status kota Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.
Keprihatinan Melly membuatkan beliau terus mengambil keputusan untuk berangkat ke Palestin demi menghulurkan bantuan dalam sebuah misi kemanusiaan.
Beliau merupakan salah seorang Duta Kemanusiaan Indonesia ke Palestin bersama beberapa orang lain, termasuk penyanyi dan pencipta lagu, Aunur Rofiq Lil Firdaus atau dikenali sebagai Opick.
#amal #Donald Trump #duta kemanusiaan #Indonesia #Jakarta #keselamatan #konsert #Melly Goeslaw #misi kemanusiaan #Opick #Palestin