Selebriti dan usahawan popular, Caprice berasa terkilan dan tidak berpuas hati dengan kelakuan seorang pemuda yang bersikap ‘racist’ dalam sebuah video yang tular baru-baru ini.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Menurut Caprice, tindakan pemuda bersikap biadap terhadap seorang pekerja wanita yang bekerja di bahagian penjualan minuman beralkohol itu benar-benar memalukan agama Islam dan kaum Melayu.

“This guy is a disgrace to Malays and Muslims, to the chinese lady who was just doing her job, i am sorry,” tulisnya.

This guy is a disgrace to malays and muslims.