Memang mega... Filem Pusaka raih lebih RM11 juta dalam masa 18 hari tayangan!

Gempak
November 18, 2019 12:40 MYT
Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji naskhah seram ini dan ada juga yang menontonnya lebih dari dua kali!
FILEM seram Pusaka berjaya meraih kutipan lebih RM11 juta dalam masa 18 hari tayangan!
Berita gembira itu diumumkan menerusi laman sosial Instagram milik Astro Shaw.
"Filem paling seram #PUSAKA berjaya menggungguli carta filem tempatan dan mendapat kutipan melebihi RM11 juta dalam masa 18 hari tayangan.
"Korang semua memang ohsem dan teruskan menonton Pusaka. Dari Penerbit Filem DUKUN! Filem arahan Razaisyam Rashid. Pusaka kini menghantui pawagam," tulis pengendali akaun Astro Shaw.
Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji naskhah seram ini dan ada juga yang menontonnya lebih dari dua kali!
Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.
Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!
Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.
#Astro Shaw #Box Office #Faizal Hussein #Fauziah Datuk Ahmad Daud #Hafidz Roshdi #Instagram #laman sosial #Mimi Lana #Razaisyam Rashid