PELAKON Puteri Sarah Liyana berkongsi pengalaman dia pernah disahkan mengalami kandungan luar rahim atau kehamilan ektopia (ectopic pregnancy).

Mengakui berasa sangat sedih ketika itu, Sarah memberitahu dia mengambil masa selama tiga tahun untuk pulih dan akhirnya dikurniakan cahaya mata pertama iaitu, Syaikhul Islam.

“Siapa yang pernah kena ectopic pregnancy, jangan risau, jangan takut… it is not the end of the world. Sarah pun masa itu ingat dah gelap la masa depan Sarah.

“Tiga tahun Sarah tunggu untuk ectopic pregnancy itu heal, untuk Sarah dapat Syaikhul. Masa itu Sarah ingat Sarah memang tak boleh pregnant.

“Masa Sarah dapat tahu ectopic pregnancy itu, Sarah memang menangis teruk,” kongsi Sarah ketika membuat siaran langsung di TikTok.

Pada perkongsian yang sama, Sarah mendedahkan dia pernah berfikiran yang dirinya tidak boleh hamil lagi memandangkan satu tiub fallopio sudah dibuang disebabkan kandungan luar rahim.

“Sebab Sarah ingat Sarah dah tak boleh pregnant… sebab satu tiub Sarah dibuang maknanya sekarang ini Sarah ada satu tiub saja.

“Selepas tiga tahun, Sarah enjoy dulu… lepas Sarah dapat Syaikhul dan Sumayyah, Alhamdulillah. Walaupun dengan hanya satu tiub sahaja,” ujarnya lagi.

Untuk info, Sarah pernah berkahwin dengan pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. -Gempak