"Memang nak fitnah saya?" - Elfira nafi punca Nazim dan Bella bercerai

Gempak
Mei 19, 2018 10:00 MYT
Netizen memetik nama Elfira selaku individu rapat dengan Nazim menjadi punca runtuhnya mahligai yang dibina pasangan Nazim dan Bella.- Foto Twitter @elfiraloy
PELAKON Elfira Loy menyifatkan tindakan netizen menuduhnya sebagai punca penceraian Nazim Othman dan Bella Dally sebagai satu fitnah.
Memetik kenyataan yang ditulis Elfira di laman sosial Twitternya, pelakon itu berang dengan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
"Bulan yang mulia ini tak baik marah-marah tapi sakit jugalah hati ini.
"Adakah awak Tweet sekadar untuk mendapat RT atau memang nak fitnah saya?" soalnya.

Bulan yang mulia ini tak baik marah-marah tapi sakit jugalah hatini . Adakah awak tweet sekadar untuk mendapar Rt atau memang nak fitnah saya? https://t.co/rSor8bthzH

— Nurul Elfira Loy (@elfira_loy) May 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Netizen memetik nama Elfira selaku individu rapat dengan Nazim menjadi punca runtuhnya mahligai yang dibina pasangan Nazim dan Bella.
Malah, Elfira dikatakan bertindak sedemikian selepas ikatan pertunangan dengan Sufian Suhaimi putus beberapa bulan lalu.
Nazim dan Bella telah mengumumkan berita penceraian mereka menerusi Instagram pada 1 Ramadan lalu.
BACA: "Perkahwinan Saya & Bella Dally Telah Berakhir" - Nazim Othman Sah Bercerai
Belum dikurniakan cahaya mata, Nazim dan Bella bernikah pada 10 September 2016 di Kota Kinabalu, Sabah.
Drama lakonan Nazim, Monalisa sedang hangat ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima.
Teks oleh: Amri Hassan
#Bella #Nazim Othman #perceraian #perkahwinan #Tweet #Twitter