awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Memang sukar! Dari 150 calon, 15 sahaja layak sertai pasukan elit PASKAL

Gempak
Gempak
24/08/2018
04:30 MYT
Memang sukar! Dari 150 calon, 15 sahaja layak sertai pasukan elit PASKAL
Bukan mudah mahu menjadi anggota elit Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Khas Laut atau nama singkatannya, PASKAL.
BUKAN mudah mahu menjadi anggota elit Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Khas Laut atau nama singkatannya, PASKAL.
Dalam beratus individu yang memohon, hanya segelintir kecil yang mampu melepasi ujian ditetapkan.
Bertemu dengan Panglima PASKAL, Laksamana Pertama Anuar Haji Alias, hanya yang terbaik sahaja dipilih untuk menyertai PASKAL.
"Dari awal pemilihan, PASKAL akan memantau dan memilih calon terbaik untuk bergelar salah seorang anggota elit.
"Mereka ditapis dan perlu melalui banyak ujian seperti aspek ketahanan fizikal dan mental sebelum mengikuti kursus asas komando.
"Bagi mereka yang lulus kursus asas komando dan melepasi pelbagai tapisan, mereka bergelar yang calon yang terbaik.
"Dalam satu pengambilan selalunya ada 120 ke 150 orang calon tetapi hanya 15 orang sahaja yang terbaik dan terpilih kerana berjaya melepasi semua tapisan yang ditetapkan," katanya.
Tambah Anuar, PASKAL memerlukan anggotanya komited dengan ikrar sebagai seorang PASKAL.
"Fokus dan komited. Mereka harus memberikan sepenuh perhatian terhadap ikrar mereka sebagai seorang anggota elit PASKAL.
"Selepas itu, mereka yang terpilih akan mengikuti pelbagai kursus sebelum layak untuk menyertai operasi," katanya lagi.
. Tidak kira betapa sukarnya, saya tetap akan mengatasinya. #paskalthemovie #SayangiMalaysiaKu #SentiasaTerbaik #atfproduction
A post shared by PASKAL The Movie (@paskal_themovie) on
Jul 15, 2018 at 10:22pm PDT
. Bila korang dikurung dalam sangkar, apa yg korang boleh buat? . Jangan lupa tonton #PASKALTheMovie pada 27 September 2018 di pawagam #SayangiMalaysiaKu #SentiasaTerbaik #atfproduction
A post shared by PASKAL The Movie (@paskal_themovie) on
Jul 31, 2018 at 10:03pm PDT
Unit ini juga yang diperkatakan sebagai sebuah pasukan elit nombor satu di Malaysia kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden daripada pasukan-pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengorbanan serta kehidupan anggota elit PASKAL direalisasikan dalam sebuah filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
BACA: 'Tak tengok, rugi!', netizen tak sabar tonton filem 'Paskal'
Diadaptasikan dari kisah benar, PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan pasukan elit itu dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi, jangan lupa saksikan PASKAL pada 27 September ini di pawagam berdekatan anda!
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#ATM
#Paskal
#Pasukan Khas Laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan