KUALA LUMPUR: Penghargaan lebih besar perlu diberikan kepada Allahyarham Sudirman Haji Arshad, bersesuaian dengan jasa dan sumbangannya.
Bekas wartawan hiburan, Saodah Ismail berkata, gelaran Datuk dan sebatang jalan dengan nama Allahyarham, tidak cukup untuk menghargai bakat dan semangat yang dimiliki Allahyarham.
"Dalam Malaysia sudah ramai Datuk, jadi wajarkah kita samakan jasa dan sumbangan arwah dengan yang lain? Ya ada juga sebatang jalan sempena nama Allahyarham, cukupkah sekadar itu sahaja? Galeri Sudirman pun hanya hangat-hangat tahi ayam.
"Yang benar-benar menghargai beliau ialah Kelab Peminat Sudirman, mereka simpan semua butir dan visual Allahyarham, tetapi di peringkat nasional, apa yang kita buat?
"Semasa hidup, Allahyarham bukan sekadar penyanyi tetapi menyemai semangat patriotisma dan perpaduan, beliau selalu sebut beliau anak kampung, lagu pun banyak bertema begitu.
"Beliau sewajarnya dikenang sebagai ikon perpaduan bukan sekadar ikon hiburan," kata Saodah ketika muncul dalam Buletin AWANI.
Justeru Saodah yang juga antara rakan rapat Allahyarham mencadangkan agar ditubuhkan sebuah muzium seniman untuk Sudirman, selain mewujudkan biasiswa seniman sebagai galakan kepada anak muda menceburi dunia seni secara serius.
"Apa salah kalau kita adakan sebuah muzium seniman untuk semua seniman besar yang pernah dilahirkan negara. Boleh juga wujudkan biasiswa P. Ramlee, Biasiswa Sudirman untuk memberi inspirasi generasi muda yang minat bidang seni dan berjiwa besar.
"Sudirman orangnya kecil, tetapi semangat besar beliau sangat besar, itu yang kita kena semai pada anak-anak kita," jelasnya.
Tambahnya, semangat Allahyarham perlu dijaja dan diceritakan supaya generasi muda khususnya, lebih mengenali Allahyarham sebagai insan seni berprinsip dan tidak hanya seorang penyanyi semata-mata.
"Allahyarham mengaku beliau banyak kekurangan, beliau hilang ibu semasa masih kecil tetapi beliau memberi kasih sayang yang besar kepada orang lain.
"Beliau tidak tunjuk kekurangan atau kesedihan, beliau tidak putus asa, rajin dan kuat bekerja.
"Semasa rakaman di studio, beliau tidak bawa lirik lagu, beliau hayati lagu sebelum masuk studio lagi.
"Semangat, kesungguhan dan kecintaan ini yang kita nak semai pada generasi muda kita," katanya lagi.
Sudirman menghembuskan nafas terakhir pada 22 Februari 1992, akibat radang paru-paru.
Semasa hayatnya, Allahyarham mencipta kejayaan luar biasa, antaranya dinobatkan Penghibur Terbaik Asia di Asian Popular Music Awards pada tahun 1989.
Turut menjadi kenangan manis ialah konsert Sudirman di Chow Kit Road pada 14 April 1986, yang sehingga kini masih memegang rekod konsert terbesar yang pernah dijayakan artis tempatan, dengan kehadiran lebih 100,000 peminat.
Madiha Abdullah
Tue Feb 22 2022
Gelaran Datuk dan sebatang jalan dengan nama Allahyarham, tidak cukup untuk menghargai bakat dan semangat yang dimiliki Sudirman.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlukan lebih ramai pengkarya lagu patriotik
Komposer mahupun penulis lirik yang menghasilkan lagu sebegini adalah 'individu yang sama' dan majoritinya sudah meniti usia warga emas.
Ernie Zakri, Hazama, Liza Aziz bergabung untuk Konsert Tribute Sudirman Bersama MPO
MPO meneruskan keraian ulang tahun ke-25 pada tahun ini dengan satu konsert penghargaan untuk bintang lagenda tanahair, Sudirman pada Sabtu, 16 September 2023 jam 8.30 malam.
Replika baju Jalur Gemilang terpanjang Sudirman dipamerkan sempena Bulan Kebangsaan
Replika baju bendera Malaysia terpanjang pernah dipakai oleh Sudirman kini boleh dilihat di pusat membeli-belah Fahrenheit88, Kuala Lumpur.
Mengenang Sudirman: "Ambil peluang, belajar dari 'tulang belakang' kejayaan arwah" - Atai
Sudirman bukan sekadar memberi hiburan, tetapi juga mengingatkan kita kepada Malaysia pada zaman dahulu yang bersatu dan hidup harmoni.
Mengenang Sudirman: Perlu ada penghargaan lebih besar untuk Allahyarham - Habsah Hassan
Tanpa bentuk penghargaan yang betul, Habsah berkata, ia akan menjadi satu kerugian besar untuk generasi akan datang.
Mengenang Sudirman: "Di Malaysia sudah ramai Datuk, wajarkah hanya gelaran itu untuk Allahyarham?" - Saodah
Gelaran Datuk dan sebatang jalan dengan nama Allahyarham, tidak cukup untuk menghargai bakat dan semangat yang dimiliki Allahyarham.
Sudirman penyanyi yang amat menghargai peminatnya - Bekas pengurus
Arwah juga menandatangani 10,000 hingga 15,000 kad raya khas buat peminatnya.
Google mengenang hari kelahiran Sudirman dengan 'Doodle'
Ilustrasi tersebut memaparkan Sudirman sedang membuat persembahan di atas pentas.
"Terima kasih kerana mengingati Sudirman" - Atai
Sebagai orang yang pernah rapat dan membesar dalam lingkaran dunia hiburan, bagaimana agaknya perasaan Atai apabila melihat peminat, rakan-rakan dan wartawan masih lagi mengenang bapa saudaranya itu?
Tubuhkan sekolah kesenian Sudirman Haji Arshad - Aznil Nawawi
Datuk Aznil Nawawi berkata, kisah kejayaan yang dicapai Allahyarham Sudirman harus juga diketengahkan falsafah akademik dan jangan melihatnya dari aspek hiburan semata-mata.