ENTERTAINMENT
'Meriah Bersama' Astro sepanjang Syawal ini

Ketua Pegawai Eksekutif Astro AWANI, Suhaimi Sulaiman dan Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu & Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh bersama barisan artis popular yang memeriahkan Tayangan Perdana Program Raya Astro.
Istimewa Syawal ini, rangkaian saluran Astro akan menyediakan program istimewa raya yang akan disiarkan di platform digital, televisyen dan radio sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Mengangkat tema 'Meriah Bersama' yang menerajui kempen Ramadan dan Syawal tahun ini, Astro turut meneruskan tradisi sambutan hari lebaran dengan penampilan iklan televisyen istimewa.
Iklan raya komersial sempena Aidilfitri itu berjudul ‘Gaya Raya Paling Ori’ (GRPO) yang padat dengan mesej kekeluargaan dan persahabatan dalam bentuk komedi santai.
“Kita menggunakan gabungan elemen yang ‘trending’ dalam iklan GRPO ini untuk memberikan plot penceritaan yang menarik dan kreatif serta mempunyai mesej yang mendalam buat penonton,” katanya semasa ditemui dalam Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro di Hotel Majestic, di sini pada Isnin.
Bahang kehangatan FIFA 2018 turut disemarakkan menerusi jalan cerita iklan raya komersial GRPO.
Dalam pada itu, saluran ‘Raya HD’ di 122 akan dibuka secara percuma kepada semua pelanggan Astro dan Njoi selama sebulan bermula 14 Jun sehingga 15 Julai ini.
Antara rancangan menarik yang akan disiarkan sepanjang Syawal ini adalah Bonanza Raya, Gegar Raya Vaganza, Ti Amo Sweethear 100 Hari, Pok Ya Cong Codei Siti Di Hati dan Renyai Takbir Raya.
Sementara itu, menerusi kolaborasi strategik antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, majalah seperti Mingguan Wanita, Pa & Ma dan Rasa akan dizahirkan dalam bentuk program.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami