awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meta guna AI untuk kesan remaja bohong usia sebenar

Amanz
Amanz
22/04/2025
02:15 MYT
Meta guna AI untuk kesan remaja bohong usia sebenar
Jika pembohongan usia dikesan, akaun secara automatik akan diubah ke Meta Teen Account yang menghadkan interaksi dengan orang tidak dikenali, dihubungi orang dewasa dan tidak dibenarkan melakukan penstriman langsung. - Gambar hiasan
SEMASA muda remaja, kita semua ingin kelihatan lebih tua dan matang lebih-lebih lagi di dalam talian.
Kini apabila sudah berusia dan sakit pinggang, ramai pula ingin kelihatan muda dengan penapis wajah digunakan di media sosial.
Hakikatnya ramai tidak selesa dengan usia diri sendiri.
Di Meta, mereka cuba membanteras isu pengguna bawah umur yang berbohong mengenai usia sebenar menggunakan kecerdasan buatan (AI).
Ciri menggunakan AI ini sudah diuji sebelum ini dalam jumlah yang kecil tetapi kini akhirnya diaktifkan bagi memastikan keselamatan pengguna remaja.
Berdasarkan tabiat penggunaan dan kandungan yang dimuat naik, Meta boleh mengagak sama ada pengguna ialah remaja ataupun dewasa.
 - Foto Amanz
- Foto Amanz
Jika pembohongan usia dikesan, akaun secara automatik akan diubah ke Meta Teen Account yang menghadkan interaksi dengan orang tidak dikenali, dihubungi orang dewasa dan tidak dibenarkan melakukan penstriman langsung.
Meta mengatakan ciri ini diaktifkan kerana menyedari tidak semua ibu bapa dan penjaga memantau aktiviti media sosial anak di bawah jagaan mereka. Kerana AI digunakan, kesilapan mungkin berlaku.
Jika akaun pengguna dewasa dilabel sebagai remaja, pengguna boleh melakukan permohonan untuk ia diubah semula.
Topic Berkaitan
#media sosial
#Meta
#pengguna bawah umur
#bohong usia sebenar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan