HIBURAN
Michael Madsen, bintang 'Reservoir Dogs', meninggal dunia pada usia 67 tahun
Madsen meninggalkan seorang isteri, DeAnna Madsen, dan beberapa anak, termasuk Hudson Madsen yang meninggal dunia pada 2022. - Foto AP
LOS ANGELES: Dunia perfileman Hollywood kehilangan salah seorang pelakon ikoniknya apabila Michael Madsen, terkenal dengan watak-watak garang dan berkarisma dalam filem arahan Quentin Tarantino, dilaporkan meninggal dunia pada usia 67 tahun.
Madsen ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya di Malibu, California pada pagi Khamis dan disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung, menurut kenyataan daripada pengurusnya, Ron Smith.
Pihak berkuasa tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah dalam insiden tersebut.
Sepanjang kerjaya lebih empat dekad, Madsen membintangi lebih 300 filem, termasuk peranan ikonik sebagai Mr Blonde dalam Reservoir Dogs (1992), di mana beliau mencetuskan kegemparan dengan adegan penyeksaan sambil menari diiringi lagu Stuck in the Middle with You.
Beliau juga muncul dalam Kill Bill, The Hateful Eight, dan Once Upon a Time in Hollywood, menjadikannya pelakon tetap dalam filem-filem Tarantino.
Dilahirkan di Chicago, Madsen memulakan kerjaya lakonan di pentas teater bersama Steppenwolf Theatre Company, sebelum beralih ke layar perak dengan filem seperti WarGames (1983), The Natural (1984), dan Donnie Brasco (1997).
Beliau juga dikenali melalui peranan dalam Free Willy, Species, dan Sin City.
Dalam kenyataan bersama, pengurus dan publisisnya menyifatkan Madsen sebagai “salah seorang pelakon paling ikonik Hollywood” dan memaklumkan bahawa beliau sedang bersiap untuk menerbitkan buku puisi bertajuk Tears For My Father: Outlaw Thoughts And Poems.
Madsen meninggalkan seorang isteri, DeAnna Madsen, dan beberapa anak, termasuk Hudson Madsen yang meninggal dunia pada 2022.
Adiknya, Virginia Madsen, juga merupakan pelakon yang pernah dicalonkan anugerah Oscar.