HIBURAN

Michelle Yeoh sambut hari lahir bersama Labubu, Jia Jia dan De De

Astro Awani 04/08/2025 | 09:00 MYT
Yeoh bergambar bersama pelakon Cynthia Erivo dan Jeff Goldblum, masing-masing memegang anak patung Labubu dalam acara teater "Jesus Christ Superstar" di Hollywood Bowl. -Foto Instagram
PEMENANG Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh, menyambut ulang tahun kelahirannya dengan cara unik apabila berkongsi gambar dirinya memegang anak patung Labubu edisi khas yang direka sempena ulang tahun pertama panda kembar Hong Kong, Jia Jia dan De De.


Ringkasan AI
  • Tan Sri Michelle Yeoh menyambut ulang tahun kelahirannya dengan berkongsi gambar memegang anak patung Labubu edisi khas sempena ulang tahun panda kembar Hong Kong, Jia Jia dan De De.
  • Anak patung Labubu direka oleh Kasing Lung dan dihantar kepada selebriti sebagai sebahagian kempen promosi budaya oleh Biro Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Hong Kong.
  • Populariti Labubu melonjak secara global, dengan jualan dijangka meningkat lebih 350% pada separuh pertama 2025, dan Hong Kong merancang pelbagai acara promosi menjelang ulang tahun panda kembar.


“Meraikan ulang tahun panda kembar kelahiran Hong Kong (dan ulang tahun saya juga) bersama Labubu di Hollywood Bowl,” tulis Yeoh yang dilahirkan pada 6 Ogos dalam hantaran di Instagram.



Labubu edisi khas itu merupakan hasil ciptaan artis terkenal Kasing Lung dan dihantar kepada selebriti antarabangsa sebagai sebahagian daripada kempen promosi oleh Biro Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Hong Kong.

Anak patung tersebut menampilkan figura Labubu yang sedang mendukung panda kembar, simbolik kepada kelahiran pertama panda di bandar itu.

Yeoh turut dilihat bergambar bersama pelakon Cynthia Erivo dan Jeff Goldblum, masing-masing memegang anak patung tersebut dalam acara teater "Jesus Christ Superstar" di Hollywood Bowl.

Labubu, yang digambarkan sebagai “raksasa kecil bermata tajam” dan popular sebagai aksesori beg, kini menjadi fenomena global.

Menurut pengedar eksklusif Pop Mart, keuntungan jualan anak patung seperti Labubu dijangka meningkat lebih 350 peratus pada separuh pertama tahun 2025 berbanding tahun sebelumnya.

Hong Kong Tourism Board turut merancang pelbagai acara promosi menjelang ulang tahun panda kembar pada 15 Ogos, termasuk menjadikan bandar itu sebagai “pesta ulang tahun gergasi” bagi menarik pelancong dan peminat budaya pop.









#Michelle Yeoh #Labubu #panda kembar #Jia Jia dan De De #sambut ulang tahun kelahiran