[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Miley Cyrus, Alicia Keys sah juri The Voice musim ke-11

Nizam Bakeri 26/03/2016 | 03:34 MYT
Alicia Keys dan Miley Cyrus sebelum ini pernah muncul dalam The Voice sebagai penasihat peserta - Foto fail
PROGRAM realiti nyanyian terbitan NBC, The Voice menyambut kehadiran dua juri baharu untuk musim ke-11.
Pemenang 15 anugerah Grammy, Alicia Keys dan bintang pop antarabangsa Miley Cyrus disahkan oleh stesen televisyen berkenaan sebagai juri rancangan tersebut menggantikan Gwen Stefani dan Pharrell Williams.
Cyrus sebelum ini pernah tampil sebagai penasihat peserta The Voice musim ke-10 dan Keys pada musim ketujuh.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keputusan ini dilihat sebagai respons NBC kepada permintaan peminat rancangan tersebut yang meminta agar dua juri wanita tampil bagi menyeimbangi kehadiran dua juri tetap iaitu Adam Levine dan Blake Shelton.
Para netizen turut menyambut baik kehadiran mereka dengan hashtag #AliciaAndMiley.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
The Voice disiarkan di Astro saluran AXN (CH 701) dan AXN HD (CH 721).
##AliciaAndMiley #Alicia Keys #Miley Cyrus #The Voice #The Voice 11