Miley Cyrus sahkan kahwini Liam Hemsworth

Agensi
Disember 27, 2018 02:15 MYT
Gambar yang dimuat naik Cyrus ke Twitter mengesahkan berita perkahwinan mereka. - Twitter @mileycyrus
PENYANYI dan pelakon Miley Cyrus mengesahkan perkahwinannya dengan pelakon Australia, Liam Hemsworth.
Bintang Disney itu berkongsi foto yang diambil pada majlis itu ke akaun media sosialnya, yang dilaporkan berlangsung pada Ahad.
Gambar yang dikongsi di akaun Twitter Cyrus itu turut disertakan dengan kapsyen "10 tahun kemudian..."
Majlis ringkas itu dihadiri oleh keluarga dan sahabat rapat, menurut laporan portal antarabangsa.

10 years later ..... pic.twitter.com/Lm8VD5AVxa

— Miley Ray Cyrus (@MileyCyrus) December 26, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pasangan itu bertemu hampir sedekad lalu ketika membintangi filem The Last Song.
Mereka kemudiannya bertunang pada 2012, namun hubungan mereka dikatakan retak setahun kemudian.
Pada 2015, pasangan itu dilaporkan kembali menjalin hubungan.
#Disney #filem #kahwin #Liam Hemsworth #Miley Cyrus #pelakon #Twitter