awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mimi Lana sanggup tarik diri daripada penggambaran Dior sebab..

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
22/05/2021
00:16 MYT
Mimi Lana sanggup tarik diri daripada penggambaran Dior sebab..
Mimi menyatakan antara sebab penarikan diri daripada penggambaran tersebut adalah kerana jenama terkenal itu membatalkan kontrak model antarabangsa Bella Hadid kerana lantang memperjuangkan hak penduduk Palestin. - Foto Instagram/@missmimilana
SEBAGAI tanda solidariti kepada Palestin, pelakon Mimi Lana sanggup menarik diri daripada penggambaran yang ditawarkan oleh sebuah jenama terkenal antarabangsa, Dior.
Pelakon yang popular dengan filem Pusaka itu menyatakan antara sebab penarikan diri daripada penggambaran tersebut adalah kerana jenama terkenal itu membatalkan kontrak model antarabangsa Bella Hadid kerana lantang memperjuangkan hak penduduk Palestin.
Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 25, berkongsi berita tersebut di laman Twitter pada Jumaat.
"Perkara yang kecil namun sangat besar maknanya. Saya berjuang untuk saudara Palestin saya dan untuk Bella.
"Saya dapat tahu jenama itu menarik keluar nama Bella Hadid sebab menyokong Palestin. Ia sangat sensitif buat warga Islam di negara ini jika saya buat sebarang hantaran mengenai Dior," katanya melalui satu tangkap layar yang dimuat naik di Twitter.
The Smallest thing mean the most. I stand with my Palestinian people and for my sister @bellahadid ! #FreePalenstine pic.twitter.com/j63xm4JF87
— Mimi Lana (@missmimilana) May 21, 2021
Rata-rata peminat yang mengikuti perkembangan Mimi, sangat gembira dan menyokong tindakan pelakon tersebut.
Allahuakbar, Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik utk you. Pasti. Aaamiiinn
— nizaGgone (@ggnizah) May 21, 2021
Semoga ALLAH gantikan dengan rezeki berlipat kali ganda pada awak InsyaAllah Amiin
— mkcoachkatespade_usa (@sarahshaber) May 21, 2021
Salute to this girl pic.twitter.com/Da1ajkgN8m
— syrdgaf (@syznnmysrh) May 21, 2021
Semoga ALLAH menggantikan dengan rezeki yang lebih baik
— elmaaniq (@elmaaniq) May 21, 2021
Pada masa sama, Mimi juga menyatakan jika ikutkan dirinya, banyak lagi tawaran yang dia ingin tolak namun kerana semuanya sudah ditandatangani dan mempunyai kontrak, dia akan cuba untuk menolaknya secara baik.
Baginya, jika niatnya betul pasti urusannya akan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Kalau ikutkan hati banyak sangat benda yang nak diboikot. But the contract and paper is already there. Im doing the best I can. Mana yang mampu ditolak secara baik kita usaha. Saya percaya Kalau niat betul Allah mesti tolong.
— Mimi Lana (@missmimilana) May 21, 2021
Selain Mimi Lana, antara selebriti Malaysia yang turut menunjukkan sokongan kepada Palestin ialah Noh Hujan, Caprice, Heliza Hilmi, Diana Amir, Syamel, Ernie Zakri, Faizal Tahir dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Baru-baru ini, Bella Hadid dikatakan tidak lagi dinamakan sebagai wajah jenama barangan mewah Perancis itu kerana kelantangannya dalam menzahirkan sokongan terhadap Palestin.
Bella juga menjadi antara bintang ternama turun padang bagi melakukan protes dan mempertahankan Palestin daripada terus dizalimi rejim Zionis.
Topic Berkaitan
#Mimi Lana
#Palestin
#Dior
#Bella hadid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan