awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Setitis sumbangan, sejuta harapan: Rumah kebajikan di Rawang bakal dijual, kanak-kanak rayu bantuan
Peguam Nick Reiner tarik diri daripada kes bunuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Minggu pertama 'Terminator: Dark Fate' hanya kutip AS$29 juta

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
04/11/2019
03:01 MYT
Minggu pertama 'Terminator: Dark Fate' hanya kutip AS$29 juta
Kembalinya James Cameron ke kerusi penerbit dan 'reunion' pelakon asal Linda Hamilton dengan teraju utama Arnold Schwarzenegger, masih tidak membantu merancakkan kutipan. Foto Facebook Terminator
FILEM sekuel 'Terminator: Dark Fate' hanya berjaya mengaut AS$29 juta dalam kutipan domestiknya, dari 4,086 panggung di Amerika Syarikat, dalam minggu pertama pembukaannya.
Angka yang dikeluarkan Paramount tersebut dilihat sangat membimbangkan buat filem keenam sekuel itu, yang menelan bajet lebih AS$180 juta, menurut laporan Forbes.
Skydance, Paramount dan Disney/Fox dijangka mengalami kerugian lebih AS$120 juta.
Kutipan yang tidak memberangsangkan itu kali ketiga berlaku kepada francais filem Terminator dalam jangka masa 10 tahun.
Yang pasti, kembalinya James Cameron ke kerusi penerbit dan 'reunion' pelakon asal Linda Hamilton dengan teraju utama Arnold Schwarzenegger, masih tidak membantu merancakkan kutipan.
Filem genre aksi sains fiksyen ini diarahkan oleh Tim Miller dan turut dibintangi Mackenzie Davis, Natalia Reyes dan Gabriel Luna.
Topic Berkaitan
#Arnold Schwarzenegger
#bajet
#domestik
#filem keenam
#francais
#James Cameron
#kerugian
#kutipan
#Linda Hamilton
#Mackenzie Davis
#minggu pertama
#sekuel
#Terminator
#Terminator Dark Fate
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan