PELAKON Mira Filzah menafikan khabar angin yang mengatakan dia kini sedang rancak membuat persiapan majlis perkahwinannya dengan pelawak terkenal, Zizan Razak.
Meskipun berkahwin rapat dengan Zizan, Mira menegaskan masih belum mempunyai perancangan untuk mengakhiri zaman solonya dalam masa yang terdekat.
"Kami mahu tenang-tenang dulu. Ada juga orang bertanya mengenai perkara itu, tetapi kami belum ada sebarang perancangan ke arah perkahwinan," katanya kepdaa sebuah akhbar.
Menurut Mira buat masa ini, dia dan Zizan masing-masing memberikan tumpuan kepada kerjaya seni terlebih dahulu berbanding perkara lain.
Mira bagaimanapun mengakui selesa berkawan dengan Zizan yang disifatkan mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya iaitu ikhlas dan tulus kerana baginya perkahwinan menuntut kematangan serta toleransi antara kedua-dua pihak.
Dalam perkembangan lain, Mira bakal tampil dengan filem pertama lakonannya, Rise: Ini Kalilah yang bakal menemui penonton September ini.