awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin
DUNIA
Ilie Bolojan dilantik Perdana Menteri Romania selepas persetujuan kerajaan gabungan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ENTERTAINMENT

"Mohon maaf jika menggores hati orang" - Ebby Yus dedah keadaan kesihatan semakin merosot

Gempak
Gempak
28/10/2024
06:45 MYT
"Mohon maaf jika menggores hati orang" - Ebby Yus dedah keadaan kesihatan semakin merosot
Ebby Yus memberitahu ketika ini dia perlu menjalani rawatan dialisis darah buat sementara waktu sebelum melakukan dialisis air di rumah. - Gempak
“SAYA mohon ribuan ampun dan maaf seandainya dalam bidang seni saya ada menyinggung perasaan semua, dan saya maafkan semua.
"Mana tahu anda ada terkutuk saya ketika melihat saya dalam TV,” kata pelawak dan pelakon Ebby Yus, yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan memasukkan tiub akibat komplikasi buah pinggang.
Sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan, pelakon berusia 59 tahun ini memberitahu keadaan kesihatannya kini semakin merosot.
Sempat menitipkan pesanan kepada rakan artis, tambah Ebby Yus lagi, tidak semua penonton akan senang dengan lawak dan perwatakan yang dibawanya.
“Kepada rakan-rakan artis yang sihat, teruskan berjuang. Saya minta maaf kalau sepanjang kita bekerja saya ada buatkan anda semua tak senang dengan cara saya. Maafkanlah saya.
“Kepada rakan artis, kita kena kikis anggapan orang luar tentang artis. Jangan bagi ruang orang kutuk dan fitnah kita. Kalau berhadapan dengan netizen, tutuplah segala-galanya.
“Janganlah kita keluarkan aib kita, terutama ketika berdepan dengan wartawan. Simpanlah aib-aib kita semua,” katanya sugul.
Ebby Yus memberitahu ketika ini dia perlu menjalani rawatan dialisis darah buat sementara waktu sebelum melakukan dialisis air di rumah sebagaimana disarankan oleh doktor pakar.
Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid berkata, dia tidak boleh meneruskan rawatan dialisis darah di leher itu kerana mengalami masalah jantung yang sudah tidak kuat.
“Macam saya kata, saya dah bersedia apa sahaja yang berlaku pada saya.
“Doakanlah untuk saya. Sekarang ini saya hanya perlukan doa sahaja dari semua,” katanya.
Ebby yang sebelum ini mempunyai masalah jantung dan buah pinggang berkata, dia perlukan rehat untuk seketika dan tidak boleh terlalu aktif bekerja lagi akibat penyakit dihidapi. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Ebby Yus
#kesihatan merosot
#pelawak
#dialisis
#mohon maaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami