SARA 2025: Semakan Kelayakan Dibuka – RM100 Dikredit Terus ke MyKad
HIBURAN

Mohon maaf, ucapan takziah pada Pak Hamid, antara ciapan terakhir Adibah Noor

Gempak 19/06/2022 | 01:30 MYT
Adibah menghembuskan nafas terakhir pada lewat petang Sabtu di Hospital Gleneagles. - Foto Astro GEMPAK
“KERANA aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan,”….. Siapa sangka bait ayat ini merupakan antara perkongsian terakhir penyanyi, Allahyarham Adibah Noor di Twitter baru-baru ini.

Menerusi Twitternya, ucapan itu dipercayai ditujukan buat kenalannya.

"Maaf. Kali ni aku tak dapat tolong. Kerana aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan. Moga Allah permudahkan urusan," coretnya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Antara ciapan lain arwah juga adalah ucapan takziah buat pelawak legenda, Allahyarham Hamid Gurkha, 90, yang menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain pada 14 Jun lalu.

“Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga dan sahabat handai arwah. Moga roh Pak Hamid ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” tulisnya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, media sosial kini dibanjiri dengan ucapan takziah dan doa daripada peminat dan kenalan selebriti.

Terdahulu, industri seni dikejutkan dengan pemergian sebutir permata yang disayangi ramai, Adibah Noor.

Arwah sebelum ini pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV8).

Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada lewat petang Sabtu di Hospital Gleneagles.

Arwah juga tidak memaklumkan tentang keadaannya yang menderita kanser Ovari tahap empat kepada umum.


*Artikel asal disiarkan di Gempak


#Adibah Noor #ucapan takziah #ciapan terakhir #meninggal dunia