HIBURAN
'Money Heist Korea' dah nak mula! Ini 8 wajah pelakon hebat siri itu
ANNYEONG guys! Get ready tau sebab siri popular Netflix, "Money Heist" versi Korea Selatan akan menemui korang tidak lama lagi!
Siri yang mencipta fenomena luar biasa ini telah mengumumkan pelakon Korea berserta watak mereka dalam "Money Heist: Korea - Join Economic Area."
"Money Heist" versi Korea ini menampilkan pengarah, Kim Hong Sun dan pandangan berbeza yang digarapkan oleh penulis Ryu Yong Jae mengenai siri popular Sepanyol "La Casa De Papel" ini.
Sudah pasti siri tampil dengan watak dan personaliti yang bakal memberikan impak buat penonton.Di sini #OhDaebak memperkenalkan para pelakon yang membawakan watak power dalam "Money Heist: Korea - Join Economic Area".
#1. Yoo Ji Tae sebagai The Professor

Profesor memainkan peranan penting dalam siri ini sejak awal lagi, mengatur dan merekrut kumpulan pencuri dari Utara dan Selatan untuk mencuri 4 trilion won.
“Bagi saya, Professor adalah ahli strategi genius yang merancang rompakan melalui prinsip dan visinya," kata Yoo Ji Tae.
Bagaimana agaknya Professor akan membimbing krunya dengan teliti untuk melaksanakan rompakan terhebat eh?
#2. Park Hae Soo sebagai Berlin

Menerusi "Money Heist" Korea, Berlin ialah tahanan Korea Utara yang telah menghabiskan 24 tahun terakhir di kem tahanan.
Sebagai ketua rompakan itu, Berlin yang memberontak percaya bahawa kawalan penuh ke atas pasukannya hanya boleh dicapai melalui rasa takut dan perpecahan dalam team.
#3. Jun Jong Seo sebagai Tokyo

Dalam versi Korea, Tokyo adalah warga Korea Utara yang berhijrah ke Selatan dengan satu impian apabila sempadan dibuka. Namun segalanya tidak seperti yang dibayangkan.
Bagaimanapun dia mendapat sedikit harapan selepas bertemu dengan Professor yang memujuk untuk menyertai pelan induknya.
Tokyo merupakan watak yang setiap keputusan dilakukannya mampu mengubah keseluruhan permainan.
#4. Lee Won Jong sebagai Moscow

Seperti rakan sejawatannya dari Sepanyol, yang digambarkan oleh Paco Tous, Moscow adalah pelombong Korea Selatan yang akan bertanggungjawab menggali jalan keluar untuk rompakan besar itu.
#5. Kim Ji Hoon sebagai Denver

Denver merupakan anak lelaki Moscow yang gemar menyusahkan orang. Namun di sebalik karakternya itu, Danver merupakan bekas ‘gang members’ guys!
Bagaimana agaknya Danver dalam siri versi Korea ini nanti ya?
#6. Jang Yoon Ju sebagai Nairobi

Bintang berbakat ini mengambil karakter yang dilakokan oleh Alba Flores untuk menggambarkan peranan Nairobi dalam Korea remake ini seorang pakar dalam pemalsuan.
#7. Lee Hyun Woo sebagai Rio

Dalam Money Heist pula, Hyun Woo akan melakonkan watak sebagai Rio iaitu seorang penggodam, di mana watak yang sebelum ini dimainkan oleh Miguel Herrán.
Rio merupakan bekas pelajar dari sekolah perubatan yang bertukar menjadi penggodam genius.
#8. Kim Ji Hun sebagai Helsinki & Lee Kyu Ho sebagai Oslo
Rakan sejawat Sepanyol, Helsinki dan Oslo adalah sepupu dan kedua-duanya akan bertanggungjawab ke atas senjata pasukan.
Saksikan "Money Heist: Korea - Joint Economic Area" bermula 24 Jun ini hanya di Netflix.
"Money Heist: Korea - Joint Economic Area" mengisahkan tentang ahli strategi yang genius dan krunya yang berbakat yang terdiri daripada pencuri kelas atasan.
Mereka cuba melakukan rompakan yang belum pernah berlaku sebelum ini di Semenanjung Korea.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami